Sepanjang musim cuti sekolah yang lepas (Nov - Dis 09) telah diadakan Kelas ICT untuk murid-murid yang berminat. Seramai 34 orang murid tahun 3-6 telah menyertai kelas ini. Antara perkara yang diajar ialah :
a) Pengenalan kepada komputer (Hardware & Software)
b) Asas MS Word, MS Powerpoint, MS Excel & MS Publisher 2007.
c) Pengenalan kepada internet
d) Cara membuka akaun emel
e) Cara-cara mencari maklumat di internet
Semoga murid-murid yang menyertai Kelas ICT ini dapat menggunakan ilmu yang mereka perolehi sebaik yang mungkin. Diharap kelas ICT ini dapat diadakan lagi pada musim cuti sekolah yang akan datang.